LAPORAN TAHUNAN
2014
BADAN PENGURUSAN BERSAMA
PANGSAPURI SRI IXORA
BAGI TEMPOH TAHUN ANTARA
1 JANUARI 2014 SEHINGGA 31 DISEMBER 2014
1.0 PENDAHULUAN
Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Sri
Ixora adalah satu pertubuhanperbadanan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama
(Penyenggaraan danPengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) pada 1hb Jun 2009 Pangsapuri ini diuruskan
oleh Jumia Niaga yang dilantik sebagai kontraktor pengurusan bermula 6hb Mac
2010. Pangsapuri Sri Ixoramempunyai 8 Blok iaitu blok 43, 44, 45, 46, 47, 48,
49 dan 50 yang terletak di Jalan Perimbun 27/11,Seksyen 27, 40675 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Blok 43 dan 44 mempunyai 40 unit rumah, blok 45 dan 46 mempunyai
60 unit rumah,blok 47 dan49 pula mempunyai 69 unit rumah manakala blok 48 dan
50 mempunyai 132 unit rumah.Jumlah keseluruhan ialah 602unit rumah.
Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Sri
Ixora mempunyai 7 orang Ahli jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMC) yang dipilih dikalangan pemilih 3
orang telah melepaskan hak sebagai pemilik petak dan seorang lagi meletak
jawatan. JMC dengan sukacitanya membentangkan
laporan tahunan ke-3.
1.1 INVENTORI DAN HARTA BERSAMA
1. 602 unitrumah 26.
16 tangkisimpanan
2. 578 parkirpenduduk 27.
2 tangkibomba
3. 100 parkirsewa 28.
8 panel kebakaran
4.
9 parkir OKU 29.
2 genset
5. 11 parkirpelawat 30.
8 sistemmatv
6. 3 parkir motor berbumbung 31. 8 tangkitadahan
7.
8blok 32.
3 pam air bomba
8.
1 dewanserbaguna 33.
16 unit pressure pam
9.
1 surau 34.
32 pam air
10.
1 kedaisewa 35.
8 unit hose drain
11. 4 store 36.
26 lampujalan
12.
1 bilikpengurusan 37. 40 bilikhose reel pancuranbasah
13. 2tamanpermainankanak-kanak 38. 32 lamputaman
14.
1 padang futsal 39.
8 antenna
ASTRO
15.
2 padangsepaktakraw 40. 3 ‘clamp’ kereta
16.
5rumahsampah 41.
2 substtion TNB
17.
5 unit tong sampah 42.
8 channel amp
TV1
18. 1pondokpengawal 43. 8 channel amp TV2
19. 16lif 44.
8 channel amp
TV3
20. 150lampukoridor 36w 45.
8 channel amp
TV8
21. 1000lamputangga 18w
22. 4 lampulimpah futsal
23. 8 lampulimpahtakraw
2.0 JMC & PIHAK
PENGURUSAN
2.1 Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMC)
Pada mesyuarat agung ke-3 penduduk
sebulat suara untuk terus kekalkan semula ahli jawatankuasa yang sedia ada pada
mesyuarat ke-2.
Bil.
|
Ahli
|
1
|
En. Shaharudin bin Salleh
(Pengerusi)
|
2
|
En. MohdFauzi bin Abu Hassan
(Setiausaha)
|
3
|
En. Roslan bin Jamil (Bendahari)
|
dan 4 orang ahli telah dipilih sebagai
ahli jawantankuasa Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Sri Ixora, berikut
adalah ahli jawatankuasa yang berkhidmat :-
Bil.
|
Ahli
|
1
|
En. Azri bin Ahmad (letakjawatan)
|
2
|
En. Syed Fadzil bin Syed Akil(melepaskan
jawatan sertahak sebagai pemilik)
|
3
4
|
Tn. HjRoseli bin Abd.Rahman
(melepaskan jawatan serta hak sebagai pemilik)
En. Iskandar bin Mohamad
(melepaskan jawatan serta hak sebagai pemilik)
|
Untuk makluman setiap bulan mensyuarat
dilakukan berdasarkan isu semasa dan pembentangan kewangan. Semua isu-isu yang
berkaitan telah dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat berdasarkan
peraturan dalaman dan pekeliling serta akta yang berkaitan. Antara isu-isu yang
dibincangkan adalah pengurusan, kewangan, keselamatan, kebersihan dan
lain-lainisu berbangkit.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan
isu-isu tertangguh dan pengurusan di Pangsapapuri Sri Ixora.
Antara tindakan dan tambahbaikan yang
dilakukan oleh pihak pengurusan bersama-sama JMC adalah seperti berikut :-
1.
Memasang kawat
berduri di pagar blok 49 berdekatan rumah sampah.
2.
Menukar laluan
masuk penduduk dan pelawat pada Sept 2014
3.
Membuat laluan
motor berpalang pada Sept 2014
4.
Menaik taraf
laluan masuk dengan sistem ‘smart tag’.
5.
Memasang pintu
grill untuk pejalan kaki.
6.
Memasang tiang
penghalang berkunci di petak pelawat bagi mengelakkan kenderaan bukan pelawat
masuk.
7.
Memasang tiang
penghalang di parkir OKU untuk mengelakkan parkir disalahgunakan oleh penduduk.
8.
Kunci tayar 3
unit bagi menggantikan yang lama sudah rosak.
9.
Pengubahsuaian
jalan dua hala kepada sehala dari blok 46 hingga blok 45.
10.
Menukarkan tong
biru untuk sampah dapur yang telah uzur untuk semua blok.
11.
Menambah
bilangan lot parking untuk kemudahan penduduk.
12.
Menukarkanlot
parking di blok 48 menjadi gerai yg disewakan.
13.
Menyewakan stor
di blok 47 dan 49.
14.
Mengecat semua
no lot parking dan mengecat semula
garisan jalan yag pudar.
15.
Menambah
bilangan CCTV di pondok pengawal.
16.
Menukar penutup
tangki air tadahan.
17.
Mengunci
motosikal yang diletakkan di koridor.
2.2 PIHAK PENGURUSAN- Jumia Niaga
Syarikat Jumia Niaga telah dilantikpada
Mac 2010untuk menguruskan Pangsapuri Sri Ixora.Berikut adalah kakitangan Jumia
Niaga yang berkhidmat :-
Bil
|
SenaraiNamaKakitangan
|
Jawatan
|
KAKITANGAN DI HQ
|
||
1
|
Abdul Mutalib Bin Aman Shah
|
Pengarah
|
2
|
ZulHelmi Bin Md.Junid
|
Pengurus
|
3
|
SitiEmiliyaSaridaBintiChe Musa
|
Pengurus Fasiliti
|
4
|
AzmanSah B. Abdul Manaf
|
Pengurus Fasiliti
|
5
|
MohamadAfifSahronizan Bin Che Musa
|
Juruteknik Bangunan
|
Kakitangan Di Sri Ixora
|
||
6
|
HamizahBinti Abdullah
|
Pengurus Fasiliti
|
7
|
FatinFarhanaBintiHanif
|
Pembantu Tadbir
|
8
|
Azri Bin Ahmad
|
Juruteknik Bangunan
|
3.0 PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN
Syarikat Lion Sun Security and
management Studio Sdn Bhd telah dilantiksebagai perkhidmatan keselamatan dan
mempuyai kakitangan seramai 6 orang. 3 pengawal syif siang dan 3 pengawal syif
malam.
Rondaan dilakukan pada setiap 1 jam. Laporan‘clocking’
akan disediakan setiap bulan. Pihak Pengurusan telah meminta pengawal
keselamatan memantau dan meronda lebih kerap bagi mengelakkan kejadian pecah
rumah dari berlaku di kawasan pangsapuri. Selain itu, terdapat penduduk yang
tidak mempunyai kad akses, walaupun amaran dan nasihat telah diberikan kepada
mereka.
CCTV telah dipasang 6 unit di pondok
pengawal di pangsapuri Sri Ixora.
Penduduk dinasihati untuk mematuhi
peraturan dalaman (House Rules) yang
telah ditetapkan dan undang-undang. Pelawat perlulah mendaftar dipondok
pengawal (Pintu Utama) untuk masuk ke kawasan pangsapuri Sri Ixora. Pelawat
juga perlu mendapatkan pas pelawat dan kenderaan perlulah diletakkan di tempat
letak kenderaan pelawat. Kegagalan pelawat yang berbuat demikian akan dikenakan
tindakan antaranya denda RM 50 (clamp).
4.0 INSURAN
Insuran telah diperbaharuibagi tempoh
09/11/2014 hingga 8/11/2015 dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad, kos
sebanyak RM RM37,172.25 dengan pelindungan sebanyak RM 46,300,000.00. Antara
perkara-perkarayang akan dilindungi oleh pihak insuran ialah :-
1.
Aircraft damage
2.
Earthquake and
volcanic eruption
3.
Storm,tempest
4.
Explosion (non
industrial without boilers)
5.
Impact damage
including participant own vehicles.
6.
Bursting or
overflowing of water tanks apparatus or pipers (Building exceeding
5 storeys (including mezzanine).
7.
Riot strike
malicious damage
8.
Subsidance and
landslips (standard cover).
Satu salinan nota perlindungan insurans
boleh didapati di pejabat pengurusan.
5.0 PENYELENGGARAAN
5.1 Sistem pemadam kebakaran
Alat pemadam api (ABC) dan CO2 dalam
keadaan baik. Manakala sistem kebakaran yang lain seperti hose reel perlu diganti sekiranya kewangan mencukupi.
5.2 Generator Tunggu Sedia atau Generator Set(GENSET)
Bateri genset di blok 44 mempunyai
masalah perlu diselenggara dan memperbaharui lesen setelah kewangan mencukupi.
5.3 MATV
Sistem MATV untuk blok lain-lain dalm
keadaan baik.Untuk blok 50 sistem MATV pernah disambar petir dan telah dibaiki.
5.4 Rumah/Tempat Pengumpulan Sampah – MBSA
Kutipan sampah pukal dilakukan setiap
bulan dan dilakukan oelh kontrak luar. Sampah dapur dikutip oleh kontraktor
yang dilantik oleh MBSA.
6.0 PERKHIDMATAN
PEMBERSIHAN
Terdapat 7 orang pekerja pembersihan 6
orang membersihkan blok dan 1 orang membersihkan kawasan lain-lain seperti
surau,dewan,pejabat pengurusan dan padang futsal,lif dan longkang.Namun
terdapat segelintir penduduk yang masih membuang sampah di tangga dan tempat
tidak sepatutnya walaupun telah
diberikan memo akan di denda jika tertangkap.
7.0 LIF
Kerja-kerja penyelenggaraan lift dilakukan
oleh syarikat Amalan Lif Enterprise Sdn Bhd. Syarikat ini telah memperbaharui
kontraknya adalah selama 2 tahun bermula 1 Mei 2014 sehingga 30 April 2016. Sebagai
langkah penjimatan lif akan berfungsi dua unit ketika waktu puncak sahaja iaitu
pada 6 pagi hingga 10 pagi dan 3 petang hingga 10 malam.
8.0 LANDSKAP
Keadaan taman permainan dalam keadaan
memuaskankerana tangga gelongsor di blok 48 masih tidak dibaiki kerana masalah
kewangan tetapi langkah-langkah keselamatan telah diambil dan sentiasa dipantau
oleh pihak pengurusan. Kawasan landskap dalam keadaan baik. Pokok-pokok hiasan
baru telah ditanam pada pertandingan kebersihan MiniZeeBee.
11.0 KEWANGAN
11.2 RUMUSAN PENDAPATAN/KUTIPAN JAN - DIS 2014
BIL
|
PERKARA
|
DITERIMA
JAN-DIS 2014
|
PATUT
DITERIMA JAN-DIS 2014
|
PERBEZAAN
|
1
|
Penyelenggaraan
|
RM 508,687.04
|
RM 614,040.00
|
RM
(105,352.96)
|
2
|
Wang Tabungan
|
RM 51,069.06
|
RM 61,404.00
|
RM (10,334.94)
|
3
|
Insurans Kebakaran
|
RM 26,407.45
|
RM
37,172.25
|
RM (10,764.80)
|
4
|
Cukai Tanah
|
RM 25,148.66
|
RM
24,688.00
|
RM 460.66
|
5
|
Lain-lain
|
RM 64,824.08
|
RM
64,824.08
|
RM -
|
Jumlah Penerimaan
|
RM 676,136.29
|
RM
802,128.33
|
RM
(125,992.04)
|
11.3 RUMUSAN PERBELANJAAN 2014
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
1
|
TNB
|
RM 41,293.15
|
2
|
SYABAS
|
RM 60,587.18
|
3
|
TELEKOM
|
RM 3,936.23
|
4
|
PENGURUSAN
|
RM 110,400.00
|
5
|
PEMBERSIHAN
|
RM 95,000.00
|
6
|
KESELAMATAN
|
RM 139,651.29
|
7
|
SELENGGARA LIF
|
RM 96,000.00
|
8
|
JKKP(LESEN LIF)
|
RM -
|
9
|
CUKAI TANAH
|
RM 25,853.60
|
10
|
INSURAN KEBAKARAN
|
RM 36,668.20
|
11
|
ALAT GANTI LIF
|
RM -
|
12
|
ALAT GANTI KEROSAKAN
|
RM 16,107.00
|
13
|
PETI TUNAI
|
RM 9,000.00
|
14
|
AGM & EGM
|
RM -
|
15
|
ELAUN JMB
|
RM -
|
16
|
PERALATAN & KELENGKAPAN
|
RM 10,340.00
|
17
|
PERBAHARUI LESEN PEMADAM API
|
RM 920.00
|
18
|
PENOLAKAN DARI BANK
|
RM 736.80
|
19
|
AUDIT
|
RM 17,084.00
|
20
|
SEWA MESIN PHOTOSTAT
|
RM 1,734.30
|
21
|
SAMPAH PUKAL
|
RM 7,200.00
|
JUMLAH
|
RM 672,511.75
|
11.4 TUNGGAKAN BAYARAN SEHINGGA DISEMBER 2014
11.4.1 TUNGGAKAN BAYARAN OLEH JMB
BIL
|
PERKARA
|
NILAI (RM)
|
1
|
Pengawal keselamatan
Nov -Dis 2014
|
RM 28,368.14
|
2
|
Penyelenggaraan lif Nov
2014-Dis 2014
|
RM 19,200.00
|
3
|
Tenaga Nasioanal Berhad (T.N.B) SEMASA Feb-Dis 2014
|
RM 188,186.26
|
4
|
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Nov-Dis 2014
|
RM 12,591.12
|
5
|
Napest Holdings SdnBhd-sewaan system palang
Automatic Okt-Dis 2014 & pemasangan cctv
|
RM 9,400.00
|
JUMLAH
|
RM 257,745.52
|
11.4.2 TUNGGAKAN BAYARAN OLEH PENDUDUK
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
1
|
Tunggakan penduduk sehingga 31 Dis 2013
|
RM 496,258.00
|
2
|
Bayaran yang perlu diterima pada 2014
|
RM 614,040.00
|
Jumlah
|
RM
1,110,298.00
|
|
3
|
Bayaran yang diterima pada 2014
|
RM 676,136.29
|
Tunggakan penduduk
sehingga 31 Dis 2014
|
RM 434,161.71
|
11.5ANGGARAN BAYARAN YANG PERLU DIBUAT PADA SETIAP BULAN PADA TAHUN 2015
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
1
|
Tenaga Nasional Berhad(TNB) +/-
|
RM 17,000.00
|
2
|
Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) +/-
|
RM 5,000.00
|
3
|
Telekom Malaysia Berhad™ +/-
|
RM 300.00
|
4
|
Pengurusan
|
RM 9,200.00
|
5
|
Pembersihan
|
RM 8,000.00
|
6
|
Kawalan Keselamatan
|
RM 14,184.07
|
7
|
Penyelenggaraan Lif
|
RM 9,600.00
|
8
|
Penyelenggaraan Palang automatic & cctv
|
RM 1,800.00
|
9
|
Lesen & penyelenggaraan alat pemadam api (RM1,044.00/12)
|
RM 87.00
|
10
|
LesenLif-JKKP Selangor(RM3,596.00/12)
|
RM 299.67
|
11
|
ChargemenGenset
|
RM 1,500.00
|
12
|
Audit&Management akaun
|
RM 606.70
|
13
|
SampahPukal(RM180/unit)(5 unit)
|
RM 900.00
|
14
|
Sewamesinphotostat
|
RM 155.00
|
15
|
PetiTunai +/-
|
RM 1,000.00
|
16
|
Kerosakan +/-
|
RM 2,000.00
|
Jumlah Keseluruhan
|
RM 71,632.44
|
|
ANDAIAN 1
|
||
Jumlah kutipan caj penyelenggaraan (100% bayar) (RM85.00 x
602 unit)
|
RM 51,170.00
|
|
Jumlah perbelanjaan bulanan
|
RM 71,632.44
|
|
Baki selepas perbelanjaan
bulanan
|
RM (20,462.44)
|
|
ANDAIAN 2
|
||
Jumlah kutipan caj penyelenggaraan (85% bayar) (RM85.00 x
602 unit)
|
RM 43,494.50
|
|
Jumlah perbelanjaan bulanan
|
RM 71,632.44
|
|
Bakiselepasperbelanjaanbulanan
|
RM (28,137.94)
|
12.0 USUL DAN CADANGAN
Antara usul-usul dan cadangan baru
adalah adalah seperti berikut:-
1.Menaikkan kadar sewa parkir dan
deposit kepada 3 bulan
2.Cadangan pemasangan lampu led untuk
jimatkan kos bil TNB
3.Motor yang di letakkan di koridor
akan di kunci tayar.
4.Penambahan parkir baru di blok 43
5.Penggunaan kad akses motor bagi semua
penduduk pangsapuri.
6.Lain-lain usul dan cadanagn
13.0PENGHARGAAN
JMB mengucapkan terima kasih kepada
penduduk kerana memberi peluang untuk menguruskan Pangsapuri Sri Ixora. Pihak
kami telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
penduduk. JMB juga mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan juga kepada
Pesuruhjaya Bangunan (COB) diatas segala kerjasama yang diberikan.
No comments:
Post a Comment